Tuesday, January 29, 2013

SK Ladang Segaria: Where the Journey Begins



Assalamualaikum, Peace and blessing be with you 

Hari ni rasa macam nak buat entri dalam bahasa melayu pulak. 
Sebenarnya aku dah lama nak tulis benda ni dalam blog atau mana-mana penulisan tapi maklumlah. ayat pun tunggang langgang, bahasa kelam kabut. macam nak tulis kan. Tapi sebab nak kongsi dengan kawan-kawan, saya buat jugak entri ni dan harap-harap ok la. Entri-entri lepas ni akan berkisarkan tentang kehidupan saya sebagai seorang pelajar. Boring kan? tapi jangan risau, saya akan buat cerita saya ini menarik tapi benar, "macam pelik tapi benar pulak"


Kenapa SK Ladang Segaria? Kenapa The Journey begins over there?
Sekolah Kebangsaan Ladang Segaria Semporna Sabah. di sinilah bermulanya perjalanku sebagai seorang pelajar sekolah yang akhirnya membawa aku ke bumi Dublin, Ireland sekarang ni. Aku bergelar pelajar di sini dari tahun 1998-2003. masuk tahun ni, sudah 9 tahun saya tidak menjejakkan kaki di sekolah ni, sangat rindu. kalau tengok je gambar-gambar yang cikgu-cikgu aku post di facebook, memang banyak kenangan yang manis di sekolah ni. Bangunan-bangunan baru, surau, kantin, bilik darjah Semua nampak baru. Serius aku harap sangat dapat melawat sekolah ni cuti summer yang akan datang. 
Kantin ni macam nampak baru je. Dulu kantin bukan macam ni. ke masih yang ni jugak?
Hujung sekali tu bilik SPBT dan bilik sebelah tu dulu perpustakaan. tapi  tak sure sama ada masih perpustakaan lagi ke tak?
Tengok tu, abang2 tengah menambah baik infrastruktur sekolah. makin membangun aku tengok. Thank you abang2.

Tengok sekolah ni: ini lah bangunan sekolah aku. Dulu warna lain. sekarang makin ceria. pokok tu dah besar panjang sekarang, dulu sempat boleh petik je buah pinang tu dari bawah.


Memang rindu la dengan sekolah ni. Banyak pengalaman yang aku nak sampaikan sebenarnya tapi tengoklah apa je yang dapat dimuatkan dalam entri kali ni. Sekolah ni tak sama dengan sekolah-sekolah kebanyakan kawan-kawanku di sini. kebanyakan diorang sekolah rendah lagi, bangunan sekolah konkrit, letaknya di bandar-bandar. Tapi sekolah saya tidak. Cuma ada dua bangunan je, tu pun kayu. Cuma ada beberapa bilik darjah, bilik guru, bilik pentadbiran, bilik SPBT yang kat atas tu, perpustakaan dan makmal sains (dulu makmal sains masa tahun 1998-2003 tu jadi tempat stor je) tapi tak tau sekarang, mungkin peralatan semua sudah lengkap. kalau nak cakap luas, kawasan sekolah ni memang luas. Tapi bangunan cuma ada beberapa sahaja. tapi aku cuma boleh bagi gambaran 9 tahun dulu je la sebab dah lama tak pergi sana. kot kot sekarang dah banyak.
Sekolah ni sebenarnya letaknya di tengah-tengah ladang kelapa sawit. Ladang Segaria. tu yang nama sekolah jadi SK Ladang Segaria. masa aku kat sana dulu, jalan raya yang menghubungkan kunak semporna tak siap lagi, jadi kalau nak pegi pekan semporna, memang ambik masa jugak la. dalam sejam lebih macam tu tapi sekarang mungkin 30 minit dah boleh sampai rasanya. kemudahan pun tak de la seberapa kalau nak compare sekolah yang kat bandar atau pekan-pekan ni semua.

Tapi macam mana pun keadaan sekolah ni, aku tetap
rindu dan sayang sekolah ni sampai bila-bila. Di sekolah ini lah aku mula mengenali ABC, 123 tambah, tolak, sains, dan sebagainya. Di sinilah bermulanya asas kepada pengetahuan yang saban tahun aku perbaiki. Alhamdulillah. Praise is only to Allah (god). 


Kenangan kat sekolah ni

Kalau nak cerita satu per satu memang penat la aku menaip, orang yang nak baca pun rasa kebosanan. so aku cuma pilih beberpa je la yang boleh di muatkan dalam ni

Kenangan yang memang tak dapat di lupakan. hampir setiap hari sebenarnya masa aku berada di tahap 2 (darjah 4,5,6). Masa tu aku dalam sesi pagi. jadi macam biasa di sabah, kelas akan start dalam pukul 7.30 macam tu. Tapi disebabkan rumah aku jauh dari kawasan sekolah. bas pun ambik kiorang lambat, tu yang setiap hari sampai sekolah dalam jam 8.30 macam tu. memang sejam yang pertama  memang tidah pernah ada dalam kelas. mata pelajaran yang awal-awal tu memang kena mintak kawan-kawan yang lain yang sampai awal tolong ajarkan. 

lagi, dulu aku ni memang tidak aktif bersukan. kalau masa sukan je, memang aku tidak keruan. kalau tengok kawan-kawan lain main bola sepak, bola tampar, sepak takraw.. aku ni cuba jugak la main tapi sayangnya, memang tiada bakat. tu yang sampai sekarang ni kawan-kwan aku masa sekolah rendah dulu-dulu memang tidak percaya kalau aku cakap aku boleh main bola atau main bola tampar. sampai boleh wakil prsatuan pelajar malaysia universiti aku lagi di Dublin ni untuk lawan malaysian socities yang lain. (Poyo di ditu, tapi true story :)).. haha.. tapi cuma satu je aku aktif. aku aktif kawat kaki. tu yang kulit gelap semacam je. Ni gambar kat bawah ni. Johan peringkat daerah masa ni. :) 



Satu lagi. dulu-dulu ni aku rasa kawan-kawan aku buli aku. Tapi masa tu aku kena buli dengan cara lain. Diorang buli aku suruh aku jadi ketua kelas. Aku ingat aku start jadi ketua kelas masa aku darjah 3. lepas tu sampai darjah 5 aku pegang jawatan tu. tapi aku rasa seronok jugak jadi ketua kelas ni. jadi bos sikit. jadi orang susah mau cari pasal.. haha.. tau kan masa budak-budak.. kalau ada jawatan. huh, mula la tu. tapi aku ni tidak jugak la gila pangkat sampai jadi macam bos. :) lepas tu sampai darjah 6 ingatkan dah boleh jadi pelajar biasa. tup.. tup.. dipilih pulak jadi pengawas sekolah. erkkk.. masa tu, kalau tengok aku punya pakaian. pegi sekolah tidak ber'iron' macam mana nak iron kalau kat rumah takde elektrik. tu yang pegi sekolah dengan baju comot. tapi aku tak kisah sangat. bukannya nak pegi dating pun kan. pegi sekolah tuntut ilmu, tu yang penting.

Ni satu lagi pengalaman yang aku rasa manis.. haha. Di sekolah dulu aku ni kira macam top student jugak la. top la sangat, kalau tengok balik, tak de la top mana. Masa darjah satu aku napat no.8 masa penggal pertama, lepas tu no. 3 masa penggal ke 2. penggal ni macam semester jugak la. lepas tu dari darjah 2 sampai darjah 6.. 8 kali dapat nombor 1, dua kali dapat nombor 2. :) tapi masa UPSR kantoi jugak keputusan aku. dapat 3A, 1B dan 1C.. macam biasa, aku ni bahasa memang hancus.. tu yang B tu subjek bahasa melayu pemahaman tu, dan yang C pulak subjek English.. tapi it's okay, keputusan ni yang buatkan aku lebih semangat untuk belajar. tidak puas hati. tapi dengan usaha, doa semua. alhamdulillah.. lepas UPSR je, setiap kali peperiksaan awam. PMR, SPM.. memang dah tak pernah dapat B, semua A je. Alhamdulillah. rezeki. Ni bukannye apa bagi tau kat sini, just nak bagi tau kat adik2, jangan sedih sangat dengan keputusan yang kita dapat. kita sudah berusaha. cuba yang terbaik kalau ada peluang pada masa akan datang ye adik-adik.. 

Aku rindu

Aku rindu akan guru-guruku yang sekarang ni tidak tau keberadaan mereka. walaupun sesetangah daripada mereka masih lagi dapat kuhubungi (tu pun melalui facebook je). Kalau nak list semua cikgu2 di sini memang banyak. Cikgu sallehin Tahir, Peter a/k Chapi, Dumeh Gimbot, Azmy Asli, Nur Aishah Selamat, Ustaz Azam Samuri, dan banyak lagi. kalau nak list memang panjang. Tapi di mana pun keberadaan kalian, diharapkan agar kalian semua berada dalam keadaan sihat wal afiat, mudah-mudahan pengorbanan kalian selama ini di berkati oleh-Nya. Terima kasih atas jasa yang kalian berikan wahai guru-guruku. 

Aku rindu akan sahabat-sahabatku, rakan sekelas ku yang bersamaku sepanjang 6 tahun. Banyak pengalaman yang kita kot, sangat banyak. serius. (mood sedih ni) aku masih ingat lagi si Selamat bin Karma yang dulu orang yang paling besar dalam kelas kami. kalau kawan dengan dia memang tidak ada siapa berani kacau, body guard tu (lama aku tidak jumpa dia, ntah macam mana dia sekarang). Memang tidak dapat dinafikan aku ni susah sikit untuk berkawan. Bukan disebabkan aku ni sombong ke apa tapi aku memang tidak pandai untuk berkawan. susah untuk berkawan tapi kalau dah kawan tu memang akan lagi kenal la. tapi kalau yang tak kenal aku tu, memang tanggapan pertama mereka ialah aku ni seorang yang sombong. tapi aku sebenarnya tak la macam tu. Percayalah.. haha

Lihat je la gambar-gambar yang masih ada dalam kenangan. Yang kat atas tu, tu je la calon UPSR yang sekolah kami ada untuk tahun peperiksaan UPSR 2003

Aku rindu jugak akan suasana persekitaran sekolahku yang ku cintai. SK Ladang Segaria.

Rasa macam gado-gado pulak perasaan aku sekarang, ada sedih, rindu, gembira dan sebagainya. semua perasaan ada. 

Masa aku di sekolah ni, aku tidak pernah menyangka yang aku akan dapat melanjutkan pelajaran sampai ke bumi Eropah. Memang sebagai seorang anak pekebun kelapa sawit di satu kawasan terpencil di antara Pekan Semporna dan Kunak. Melenjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sudah cukup membanggakan. hanya itu yang kuharapkan semasa aku bergelar sebagai pelajar di sekolah ini dulu. dan Alhadulillah, peluang ada untuk aku, tidak kusia-siakan. Peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Eropah memang satu rezeki yang Allah berikan untuk aku. Aku tidak akan sia-siakan peluang yang telah diberikan kepadaku dan berusaha untuk melakukan yang terbaik inshaAllah.

Pesanku kepada adik-adikku yang merasakan bahawa kehidupan sebagai seorang pelajar luar bandar dengan kemudahan-kemudahan yang tidak mencukupi. Semua itu bukannya satu alasan untuk kita tidak belajar bersungguh-sungguh sehingga cita-cita yang kita harapkan dapat dikecapi. jadikan kekurang itu sebagai satu motivasi kepada kita untuk menjadi yang lebih baik. Buktikan kepada umum bahawa pelajar dari Luar bandar juga mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan pelajar-pelajar yang mendapat pendidikan di bandar-bandar :)


Nantikan kesinambungan cerita ini dalam entri yang akan datang

With love,
Arsah Asis
a.k.a Absah Asis
Royal College of Surgeons in Ireland




Monday, January 28, 2013

The end of Junior Cycle

It’s really been a while.

I made some changes in my blog and I really like this one. And so, to make full use of this blog I’ll update as frequent as I could but I can’t promise thoughJ. Well, now as the title says, it’s the end of my Junior Cycle as a medical student here in the Royal College of Surgeons in Ireland (RCSI). I’m sure lots of you don’t know why junior cycle. Regarding this, don’t worry because I’ll explain more about it in this entry.

As usual, I think it’s more or less a culture here in RCSI or I would say in any universities regardless of what course they take, with some perhaps are excluded (probability less than 5%). After an examination ends, people will mind their own business, having their own precious free-moment, having a vacation etc. I’m included J too!!! So, here I am, writing my first entry of the new term of second year of college. We actually had our last exams last week and now many of my classmates have already gone back or gone for vacations, Canadians are going back to their countries, Australians, Malaysian are travelling around Europe, Irish, well this is their country and having a break like this surely will bring so much joy to them as well. My day has not come yet, but next week, Poland.. here I come.

Alright, yesterday’s exam really was my last day being a student in Junior Cycle (JC). I can’t believe that time flies really fast doesn’t it? Junior Cycle basically is the first level to become a doctor to in RCSI. You’ll be in Junior Cycle for three semesters and all classes are in the RCSI main building at the St. Stephens green, Dublin 2. After JC, you’ll progress to Intermediate Cycle (IC) for 3 semesters too and during this period, everyone will be in the Beamount Hospital!! Excited!!!, yes all classes will be in the hospital.  And finally before you are given the title ‘Doctor’, you’ll be in Senior Cycle (SC) for two years which I couldn’t really describe how it really is as for now. Brief summary right?.. J want to know better click this   


This is basically what it looks like, the journey to become a doctor. Note, I am in the 5-year program. so just ignore those FYs and graduate entry



Actually I couldn’t really know how to describe my feeling right now. I’m really glad that my exams were over. What a feeling!! BUT, yeah now I do agree with my friend’s statement in one of his posts, when exam is around, everything you want to do, “Youtubing”, sleeping, “facebooking”, etc but when it comes to holiday, them all of them suddenly gone. You don’t have the urge to do them anymore. Huh..

Anyhow, yeah.. I’m back.. here I am.. Sharing my not-so-good writing. I am very bad in writing and my language.. oh my gosh!!!  Still, I won’t give up and I’ll keep this blog updated and who knows in 5-10 years, My style of writing changes, I can always look these early posts.

ok, bye for now. Next post will be something special
J